
Cuba kita jenguk ke sungai Han, di Seoul , Korea Selatan. Bagaimana pihak berkuasa mengubahkan persepsi peranan sungai kepada masyarakat. Ada added value pada sungai. Mereka mengubahsuai tebing sungai menjadi taman, padang bola sepak, bola keranjang, baseball, trek berbasikal, skate board dan untuk bersantai.
Secara automatik persepsi masyarakat berubah. Sungai untuk rekreasi. Sikap sayangkan sungai juga berbeza. Tanggungjawab mereka untuk menjaga sungai supaya tidak dicemari meningkat. Komitmennya lebih kolektif. Ia muncul tanpa paksa.
Malah kerana usaha ini, Sungai Han secara tidak langsung menggiatkan usaha-usaha memajukan beberapa jenis sukan di Korea Selatan. Setiap hujung minggu, kelab-kelab bolasepak dari sekolah-sekolah dipimpin oleh para guru memenuhi tebing sungai ini. Sebab itu standard bolasepak Korea Selatan jauh lebih baik. Kerana komitmen ini. Dan kerana kewujudkan idea menukar persepsi terhadap sungai. Para pentadbir dan perancang negara kita kurang observation setiap kali mereka melawat ke luar negara. Banyak yang boleh dipelajari tetapi nampaknya kesedaran untuk membawa perubahan masih lemah.
Sungai di Malaysia terus dijadikan kawasan pelupusan sampah, najis ternakan, bahan toksid dan seribu satu macam sisa. Mahu untung berjuta ringgit tetapi lupa akan alam yang memberi oksigen untuk kita terus hidup.(ENDS)
No comments:
Post a Comment