
Pada waktu malam Chao Phraya menjadi lebih indah, dengan barisan bot-bot tradisional yang menawarkan pakej cruise dan makan malam yang romantik.
Chao Phraya sebenarnya telah berjaya menukar lanskap kota Bangkok yang sibuk menjadi lebih santai. Sekurang-kurang ia mengurangkan sedikit rasa stress di kalangan penduduknya. Ini menjadi tanggungjawab para perancang bandar yang peka kepada keperluan penduduk. Bukan asyik meluluskan pelan membina struktur bangunan sehingga nafas kita sesak .
Kerana tidak begitu mengendahkan peranan sungai, banyak kawasan mengalami banjir kilat. Siapa yang pernah peduli samada kita perlu ada lanskap sungai yang indah, Siapa pun tak kisah kalau kualiti air kita menjijikkan. Kita juga tidak pernah terfikir mengenai pentingnya sungai kepada sistem ekologi, yang juga mempengaruhi sebahagian besar daripada kehidupan kita. Apabila sungai berhenti mengalir, ketika itu wang berjuta ringgit tidak lagi mampu membeli setitik air pun. (ends)
No comments:
Post a Comment