
Saya berkesempatan punting di sebuah sungai di Oxford, UK pada tahun 2002. Punting adalah kegiatan bersampan menggunakan galah panjang menyusuri sungai. Ia menjadi salah satu produk pelancungan. Sambil punting anda boleh memberi makan kepada itik liar dan melihat dari dekat rumah-rumah sampan.
Sayang sekali di Malaysia, malu kita untuk membawa pelancung menikmati keindahan sungai. Mungkin Melaka sudah mengorak langkah bijak mempromosi sungai, sementara di tempat lain sungai menjadi tempat longgokan sampah.
Kesedaran menjaga alam sekitar di kalangan masyarakat masih kecil. Kerana mereka anggap itu bukan tanggungjawab mereka tetapi pihak berkuasa. Jadi peduli apa. Jadi kita akan terus melihat sungai yang membelah kota besar Kuala Lumpur ini keruh dan menjijikkan.(ends)
No comments:
Post a Comment